SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT ( KGSK )

Thursday, November 25, 2010

MAKLUMAN MENGENAI GSTT TAHUN 2011

Untuk makluman tuan/puan, permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi tahun 2011 telah ditutup. Tidak ada sesi temuduga bagi permohonan tahun 2011. Tempoh sah laku permohonan tuan/puan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan. Sekiranya tidak ditawarkan sebagai GSTT, tuan/puan juga boleh ditawarkan sebagai Guru Ganti mengikut keperluan.

Harap maklum
-Pegawai KGSK-

Saturday, October 30, 2010

PERMOHONAN GSTT TELAH DITUTUP

Permohonan untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih telah ditutup pada 29 Oktober 2010. Sila semak jadual temuduga yang akan dimaklumkan pada bulan November 2010.
-Harap maklum-
Pegawai KGSK

Wednesday, September 22, 2010

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan membuka iklan Jawatan Kosong Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh mohon borang GSTT: 1 Oktober - 29 Oktober 2010
Dua(2)Borang yang perlu diiisi :
1)Borang Permohonan GSTT (dapatkan di kaunter PPD Timur Laut)

2)Borang GSTT (online melalui laman web KGSK: www.kgskppdtl.blogspot.com)
Tarikh tutup permohonan : Pada atau sebelum 29 Oktober 2010

Borang boleh diambil di kaunter PPD Timur Laut bermula pada 1 Oktober 2010. Bagi pemohon yang gagal menghantar 2(dua) borang berkenaan pada atau sebelum 29 Oktober 2010, borang tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

-Pegawai KGSK-

Thursday, March 4, 2010

BANGUNAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT